PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA 2015 : Kategori A (BAM1)

Friday, 10 April 2015

Kepentingan Pengangkutan Awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM | Dewasa ini, kemungkinan besar masih terdapat segelintir rakyat yang mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap penggunaan pengangkutan awam dapat memberikan banyak kepentingan. 

Oleh hal demikian, kita yakni masyarakat Malaysia haruslah sentiasa menggunakan pengangkutan awam kerana :-

1) Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama. 
Apabila kita menggunakan pengangkutan awam, secara automatiknya kenderaan persendirian akan berkurang jumlahnya di jalan-jalan raya. Jadi, ketidaklancaran perjalanan pastinya dapat dibendung dan tiada lagi kesesakan di jalan raya. Selain itu, perkara ini dapat menjimatkan masa kita.

2) Pengangkutan awam dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa malang itu tidak berbau, namun kita haruslah berwaspada agar malang itu tidak terjadi. Oleh itu, wajarlah kita menggunakan pengangkutan awam kerana apabila ramai yang menggunakannya, pastinya bilangan kenderaan di jalan raya berkurangan seterusnya bilangan kemalangan akan berkurangan juga. Seterusnya, negara pastinya akan dipandang tinggi di mata negara lain dengan kadar kemalangan yang berlaku di Malaysia adalah rendah.

3) Pengangkutan awam dapat menggalakkan masyarakat berinteraksi antara satu sama lain.
Kehidupan masyarakat majmuk di negara Malaysia ini pastinya akan harmoni apabila kita semua sentiasa berinteraksi dan saling hormat-menghormati ketika menggunakan pengangkutan awam. Hal ini pastinya akan mengeratkan hubungan semua kaum seterusnya mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan.

Justeru itu, haruslah kita melakukan transformasi dalam diri dengan menggunakan pengangkutan awam kerana perkara ini mendatangkan pelbagai kepentingan. Sesungguhnya transformasi yang dilakukan diri sendiri pastinya akan membuahkan hasil yang memuaskan dan membantu pelbagai pihak.

2 comments:

  1. tapi bergantung pada lokasi jugak.. macam saya memang susah nak naik perkhidmatan awam nih.. pernah sampai saya kena menapak jauh, kerana tiada perkhidmatan bas ke lokasi yang ditujui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu . takpalah mungkin nanti akan ada kemudahan pengangkutan awam di tempat izzeyda nanti :)

      Delete